Saturday, February 14, 2009

Kejohanan Catur MSSMT 2009 - Final

Berakhirlah sudah pemilihan 6 pemain terbaik bagi setiap kategori yang bakal mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Berikut adalah beberapa wajah juara bagi peringkat umur masing-masing.


Juara Lelaki Bawah 12 - Muhammad Huzaimi Jalal (KTS)

Juara Lelaki Bawah 18 - Muhammad Khairul Nazrin (KTS)

Juara Perempuan Bawah 12 - Siti Aisyah Sabirin (Dungun)


Juara Perempuan Bawah 15 - Nur Liyana Zulkifli (Dungun)


Juara Perempuan Bawah 18 - Siti Nor Raihan M Shaifuddin (KTS)


(Maaf - tiada foto)

Juara lelaki bawah 15 - Ahmad Faez Azmi (Besut)

Tahniah dari panel Editor BijakCatur!! Semoga Maju Jaya.

Friday, February 13, 2009

Kedudukan Terkini MSST 2009 - Hari ke-2


Mubin Nor Azmi dari Dungun mendahului selesa dengan 5 mata dari 5 pusingan bagi kategori bawah 12 lelaki dengan diikuti rapat oleh Muhamad Huzaimi dari KTS dengan 4.5 mata. Anak kepada jaguh catur Terengganu, Nor Azmi Mohd Noor dijangka akan terus menguasai kategori tersebut. berikut adalah kedudukan penuh selepas tamat pusingan 5 di hari ke-2 kejohanan.



Mohd Mukri Muryadi dari Kemaman dan Ahmad Faez Azmi dari Besut masing-masing sedang menguasai bagi kategori bawah 15.

Sementara itu Mohamad Khairul Nazrin dari KTS masih lagi belum tewas dan unggul dengan bergaya mendahului kategori bawah 18.

Bagi kategori Perempuan, 3 pemain dari Dungun menguasai 3 tempat teratas dengan keluarga Sabirin di tempat pertama dan ketiga. Bagi P15, juga pemain dari dungun, Nor Liyana memungut mata penuh dari 5 permainan manakala P18 dikuasai oleh pemain harapan KTS Siti Nor Raihan.




Mohd Norhadi dahului kategori L15

Mohd Norhadi Ali dari Kemaman sedang mendahului kategori bawah 15 lelaki selepas 3 pusingan bagi Kejohanan Catur MSST 2009 yang sedang berlangsung di Dewan Sek Men Padang Negara. Beliau mengumpul 3 mata penuh dan berada di temapat teratas setelah mendapat mata Bulchozz yang lebih baik. Berikut adalah kedudukan penuh L15 setelah tamat 3 pusingan.


Jadual Kejohanan Catur MSST 2009
















En. Hamidi Zaidi - Ketua Arbiter

Kejohanan Catur MSST telah bermula semalam dengan penyertaan seramai 288 pelajar sekolah dari semua daerah dan dipecahkan kepada 3 kategori iaitu bawah 12, 15 dan 18. Kejohanan berjalan dengan lancar dibawah kelolaan Ketua Arbiter En. Hamidi Zaidi dari Dungun dengan bantuan sejumlah arbiter yang berpengalaman dalam mengendalikan kejohanan seumpama ini.

















Para arbiter sedang memerhati permainan yang sedang berlangsung.


Jadual Kejohanan

12 Feb

Rd1 2.30pm - 4.00pm

Rd2 4.10pm - 5.40pm

13 Feb

Rd3 8.00am - 10.00am

Rd4 10.15am - 12.15pm

Rd5 3.30pm - 5.30pm

14 Feb

Rd6 8.00am - 10.00am

Rd7 10.15am - 12.15pm


Penutup - 12.30pm

Tuesday, February 10, 2009

Aktiviti Catur di Terengganu

Tahun 2009 telah masuk bulan Februari. Baru-baru ini telah berlangsung pemilihan pemain-pemain catur bagi MSST peringkat zon untuk mewakili daerah masing2 di mana kemuncak kejohanan akan diadakan pada 12-14 Feb, 2009 di Sek Men padang Negara, K.Trg. Kita masih lagi menunggu jadual aktiviti tahunan (jika ada) bagi pertandingan catur yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau Persatuan. InsyaAllah, berita akan dikemaskini dari semasa ke semasa.