Saturday, February 14, 2009

Kejohanan Catur MSSMT 2009 - Final

Berakhirlah sudah pemilihan 6 pemain terbaik bagi setiap kategori yang bakal mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Berikut adalah beberapa wajah juara bagi peringkat umur masing-masing.


Juara Lelaki Bawah 12 - Muhammad Huzaimi Jalal (KTS)

Juara Lelaki Bawah 18 - Muhammad Khairul Nazrin (KTS)

Juara Perempuan Bawah 12 - Siti Aisyah Sabirin (Dungun)


Juara Perempuan Bawah 15 - Nur Liyana Zulkifli (Dungun)


Juara Perempuan Bawah 18 - Siti Nor Raihan M Shaifuddin (KTS)


(Maaf - tiada foto)

Juara lelaki bawah 15 - Ahmad Faez Azmi (Besut)

Tahniah dari panel Editor BijakCatur!! Semoga Maju Jaya.

Friday, February 13, 2009

Kedudukan Terkini MSST 2009 - Hari ke-2


Mubin Nor Azmi dari Dungun mendahului selesa dengan 5 mata dari 5 pusingan bagi kategori bawah 12 lelaki dengan diikuti rapat oleh Muhamad Huzaimi dari KTS dengan 4.5 mata. Anak kepada jaguh catur Terengganu, Nor Azmi Mohd Noor dijangka akan terus menguasai kategori tersebut. berikut adalah kedudukan penuh selepas tamat pusingan 5 di hari ke-2 kejohanan.



Mohd Mukri Muryadi dari Kemaman dan Ahmad Faez Azmi dari Besut masing-masing sedang menguasai bagi kategori bawah 15.

Sementara itu Mohamad Khairul Nazrin dari KTS masih lagi belum tewas dan unggul dengan bergaya mendahului kategori bawah 18.

Bagi kategori Perempuan, 3 pemain dari Dungun menguasai 3 tempat teratas dengan keluarga Sabirin di tempat pertama dan ketiga. Bagi P15, juga pemain dari dungun, Nor Liyana memungut mata penuh dari 5 permainan manakala P18 dikuasai oleh pemain harapan KTS Siti Nor Raihan.




Mohd Norhadi dahului kategori L15

Mohd Norhadi Ali dari Kemaman sedang mendahului kategori bawah 15 lelaki selepas 3 pusingan bagi Kejohanan Catur MSST 2009 yang sedang berlangsung di Dewan Sek Men Padang Negara. Beliau mengumpul 3 mata penuh dan berada di temapat teratas setelah mendapat mata Bulchozz yang lebih baik. Berikut adalah kedudukan penuh L15 setelah tamat 3 pusingan.


Jadual Kejohanan Catur MSST 2009
















En. Hamidi Zaidi - Ketua Arbiter

Kejohanan Catur MSST telah bermula semalam dengan penyertaan seramai 288 pelajar sekolah dari semua daerah dan dipecahkan kepada 3 kategori iaitu bawah 12, 15 dan 18. Kejohanan berjalan dengan lancar dibawah kelolaan Ketua Arbiter En. Hamidi Zaidi dari Dungun dengan bantuan sejumlah arbiter yang berpengalaman dalam mengendalikan kejohanan seumpama ini.

















Para arbiter sedang memerhati permainan yang sedang berlangsung.


Jadual Kejohanan

12 Feb

Rd1 2.30pm - 4.00pm

Rd2 4.10pm - 5.40pm

13 Feb

Rd3 8.00am - 10.00am

Rd4 10.15am - 12.15pm

Rd5 3.30pm - 5.30pm

14 Feb

Rd6 8.00am - 10.00am

Rd7 10.15am - 12.15pm


Penutup - 12.30pm

Tuesday, February 10, 2009

Aktiviti Catur di Terengganu

Tahun 2009 telah masuk bulan Februari. Baru-baru ini telah berlangsung pemilihan pemain-pemain catur bagi MSST peringkat zon untuk mewakili daerah masing2 di mana kemuncak kejohanan akan diadakan pada 12-14 Feb, 2009 di Sek Men padang Negara, K.Trg. Kita masih lagi menunggu jadual aktiviti tahunan (jika ada) bagi pertandingan catur yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau Persatuan. InsyaAllah, berita akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Saturday, December 27, 2008

Pencarian Jaguh Catur Terengganu

Salam Ma'al Hijrah 1430, salam sejahtera dan selamat siang !.

Pencarian Jaguh Catur Terengganu 2008 baru saja berakhir pada 22 Disember 2008 lalu.

Kejohanan catur berprestij yang pertama kalinya diadakan di Pantai Timur (di Pusat Dagangan Terengganu) diiktiraf oleh MCF berstatuskan rating FIDE. Kejohanan 9 pusingan (18-22 Disember 2008) tersebut disertai oleh seramai lebih kurang 70 orang peserta termasuklah 26 orang pencatur jemputan yang mempunyai rating FIDE dari seluruh Malaysia dan luar negara (Singapura, Filipina, England, Afrika Selatan dll). Di antara pencatur-pencatur ternama Malaysia termasuklah IM Mashafizulhelmi, FM Mok Tze Meng, NM Kamal Abdullah, NM Zarul Syazwan, Ismail Ahmad, Abdullah Che Hassan, Kamaluddin Yusuf, Kamal Zamhuri, Fadzli Zakaria dan lain-lain lagi. Pencatur tempatan yang menyertai kejohanan tersebut termasuklah Hashim Jusoh, Prof Madya A Rahim Ramli, Suhaidi Mustafa, Hishamullah Harun, Prof Madya M Pouzi Hamzah, Fairul Yusoff, Ruzenan Abu Bakar, A Kadir Jailani, M Syazwan Zulkifli, Ghani Kadir, M Zailan Abas, M Alias Amin, M Amirul Zahanuddin, Ramli Setapa, M Arif Ramli dll.

Setelah berhempas minda selama 5 hari / 9 pusingan, FM Mok Tze Meng, IM Mashafizulhelmi, Ian Udani, Abdullah Che Hassan dan Zarul Shazwan Zulkifli telah berjaya mengungguli 5 tempat teratas. Mok menang 7 game manakala seri 2 kali dengan IM Mashafizul dan NM Zarul Syazwan. Mungkin nasib menyebelahi Mok di mana 2 perlawanan beliau menentang Ian Udani dan NM Kamal Abdullah berada dalam posisi kalah telah bertukar menang. IM Mas Hafizulhelmi terlewat hadir 30 minit pada pusingan kedua menentang Norazman Ismail dan menyebabkan beliau kehilangan mata / kalah masa (time forfeit) di pusingan tersebut, beliau menang 7 perlawanan seterusnya dan seri dengan Mok. Ian Udani (Filipina) bermula garang pada pusingan permulaan tetapi disebabkan kealpaannya dan kesilapan perkiraan menyebabkan beliau tersungkur kepada Mok dan Abdullah Che Hassan. NM Kamal Abdullah pula tercicir 2 mata setelah terpaksa akur dengan kehebatan pertahanan Sicilian IM Mashafizul di pusingan ke-7 dan tersilap langkah mengalihkan menteri ketika menentang Mok. Kesilapan tersebut membolehkan Mok melakukan 'discover check ' dan memenangi menteri Kamal. Kamal tumpas meskipun ketika itu 'clear cut' posisi dan material dalam keadaan menang. Fairul Yusoff merupakan satu-satunya pemain Terengganu yang berjaya menempatkan dirinya dalam senarai 10 tempat teratas (tempat ke-10). Taktik bertahan dan menyerang beliau telah membuat kejutan kepada Kamaludin di pusingan pertama dan seterusnya menang bergaya pada 'end game'. Syabas kepada semua pemenang, pemain-pemain Terengganu dan Mindcet kerana telah dengan jayanya menjadikan kejohanan tersebut berjaya.

Buletin catur bolehlah dibeli dari En Adnan Salleh. E-mail dan no hp beliau ialah ad6sal@gmail.com / 012 9375722.

Berikut adalah beberapa koleksi notasi perlawanan dan ulasan untuk rujukan anda.

Di pusingan ke-7 perlawanan menyaksikan IM Mashafizulhelmi menentang NM Kamal Abdullah menggunakan Pertahanan Siclian e5, memulakan strategi terancang dengan satu korban bidak d5 pada langkah ke-7 untuk mendapatkan tempo mobilasi buah hitam dan seterusnya mendominasikan posisi. Kelebihan satu bidak exd5 pada langkah ke-8 untuk putih tidak memberi sebarang kelebihan serangan. Pampasannya ternyata mobilasi buah putih agak kebelakang berbanding dengan hitam. Hitam bijak mengatur langkah kemudiannya dengan mudah mengambil kembali bidak d yang tidak mampu dikawal oleh putih. Dengan posisi buah hitam yang teratur pada posisinya akhirnya menyusun gerakan menyerang raja buah putih. Putih menyerah kalah setelah posisi buah yang semakin lemah. Satu dominasi pertahanan Sicilian dan game plan menarik oleh IM.

[Round "7"]
[White "NM Mohd Kamal Abdullah, MAS."]
[Black "IM Mashafizulhelmi, MAS."]
[Result "0-1"]
[ECO "A21"]
[WhiteElo "2416"]
[BlackElo "2439"]

1. e4 c5 2. Nf3 d6 3. d4 cxd4 4. Nxd4 Nf6 5. f3 e5 6. Bb5+ Nbd7 7. Nf5 d5 8. exd5 a6 9. Ba4 b5 10. Bb3 Nc5 11. Ne3 Bb7 12. Nc3 Qd7 13. O-O a5 14. d6 Bc6 15. Qe2 Bxd6 16. Rd1 O-O 17. Nf5 Qxf5 18. Rxd6 Nxb3 19. axb3 Rfc8 20. Nxb5 e4 21. Nd4 Qc5 22. Bf4 exf3 23. Qc4 Qa7 24. Be3 Be4 25. Qb5 Qe7 26. Ra6 Bb7 27. Nf5 f2+ 28. Kxf2 Qe4 29. Rxa8 Bxa8 30. Qd3 Rxc2+ 0-1

Di pusingan ke-5 perlawanan Ian Udani (Filipina) mengatur langkah menggunakan bukaan English menyaksikan debat pertarungan yang sengit menentang Mok yang dengan Pertahanan King Indian. Perlawanan berterusan merebut posisi tengah. Di pertengahan permainan Ian dapat mengawal posisi dan kelebihan ternyata di pihak Ian. Gerakan pertukaran Tir (putih) dengan Gajah (hitam) pada langkah ke-30 menghasilkan kombinasi serangan kuat Ian. Percaturan sememangnya tidak boleh dijangkakan. Meskipun dianjung kemenangan Ian telah melakukan kesilapan pada langkah 33 Qxh7 yang akhirnya memboleh Mok melepasi kekangan serangan dan seterusnya bangkit mendominasi material. Sekiranya Ian melakukan 33 Qxf5, sudah tentu Mok bakal kecundang.

[Round "5"]
[White "Ian Udani, MAS."]
[Black "FM Mok Tze Meng, PHI."]
[Result "0-1"]
[ECO "A00"]
[WhiteElo "2181"]
[BlackElo "2308"]

1. c4 g6 2. Nc3 Bg7 3. g3 e5 4. Bg2 f5 5. e3 Nc6 6. d3 Nf6 7. Nge2 O-O 8. Rb1 a5 9. b3 d6 10. Bb2 Be6 11. Nd5 Qd7 12. O-O g5 13. d4 exd4 14. Nxf6+ Bxf6 15. Nxd4 Nxd4 16. Bxd4 Rad8 17. f4 gxf4 18. exf4 b6 19. Bxf6 Rxf6 20. Qd4 Rg6 21. Rbe1 Qg7 22. Qd3 Kf8 23. Re3 Qf7 24. Rfe1 Bd7 25. Bd5 Qf6 26. Qe2 Rg7 27. Kg2 Rb8 28. Qh5 Rd8 29. R1e2 Rb8 30. Re6 Bxe6 31. Rxe6 Qb2+ 32. Kh3 Rg6 33. Qxh7 Rxe6 34. Bxe6 Qg7 35. Qxg7+ Kxg7 36. Bxf5 Re8 37. g4 Re2 38. g5 Rxa2 39. Bd7 Rb2 40. f5 Rxb3+ 41. Kg4 Rc3 42. f6+ Kf7 43. Kf5 Rf3+ 44. Ke4 Rf1 45. h4 Re1+ 46. Kf4 Rc1 47. Kf5 Rf1+ 48. Ke4 Re1+ 49. Kf4 Rf1+ 50. Kg4 Rc1 51. Kf5 Rf1+ 52. Ke4 Re1+ 53. Kf3 Rf1+ 54. Kg2 Rf4 55. h5 Rxc4 56. Kg3 Rc3+ 57. Kf4 Rc4+ 58. Kg3 Rc3+ 59. Kf4 Rc1 60. Bf5 Rf1+ 61. Ke4 a4 62. h6 a3 63. h7 Rh1 0-1

Fairul membuat kejutan di pusingan pertama menentang pencatur pilihan Kamaluddin. Kamaluddin mengatur langkah menggunakan bukaan Bishop manakala Fairul membalas bukaan tersebut di luar novelti pertahanan dengan e5, diikuti c6 dan d5. Hitam mengatur strategi merebut kawalan ruang tengah dan mengajak putih bertukar Menteri. Satu inisiatif permainan ringkas mengelak komplikasi taktikal. Daya tahan dan semangat juang yang jitu ditunjukkan oleh kedua-dua pencatur hingga lebih dari 70 gerakan dicatatkan. Permainan agak seimbang tetapi menyaksikan pertarungan taktikal minda yang berkualiti tinggi. Dengan kombinasi kuda dan raja akhirnya Fairul berjaya menyusur Raja (hitam) dengan bijak menolak bidak f tanpa dapat dihalang oleh Raja (putih). Bidak f berjaya ditukarkan menjadi Menteri dan menyebabkan Kamaludin tiada pilihan lain selain dari menyerah kalah.

[Round "1"]
[White "Kamaluddin Yusof, MAS."]
[Black "Fairul Yusoff, MAS."]
[Result "0-1"]
[ECO "C23"]
[WhiteElo "2184"]
[BlackElo "1622"]

1. e4 e5 2. Bc4 c6 3. Nf3 d5 4. exd5 cxd5 5. Bb5+ Bd7 6. Qe2 Bxb5 7. Qxb5+ Qd7 8. Nc3 e4 9. Ne5 Qxb5 10. Nxb5 Na6 11. O-O f6 12. Ng4 Kf7 13. Ne3 Rd8 14. d4 exd3 15. cxd3 Bc5 16. a3 Ne7 17. b4 Bb6 18. Bb2 Nb8 19. Nd4 Bxd4 20. Bxd4 Nbc6 21. Bb2 a6 22. Rfc1 Ng6 23. Rc5 Nf4 24. Rd1 d4 25. Nc4 Rhe8 26. g3 Ne6 27. Rh5 Kg6 28. Rh4 Ng5 29. Kg2 h6 30. Na5 Nxa5 31. bxa5 Ne6 32. Re4 Kf7 33. Rb1 f5 34. Re5 Kf6 35. Rbe1 g6 36. R1e2 Kf7 37. Rc2 Rd7 38. Rc4 Red8 39. Rb4 Rc8 40. Kf1 Rc5 41. Rxc5 Nxc5 42. Ke2 Ne6 43. Rc4 Kf6 44. Bc1 Rd5 45. Bd2 g5 46. Rc8 Nc5 47. Bb4 Re5+ 48. Kd2 Nb3+ 49. Kd1 Nxa5 50. Rc7 Rb5 51. f4 gxf4 52. gxf4 Nc6 53. Bf8 h5 54. Kc2 Kg6 55. a4 Rb6 56. Bc5 Nb4+ 57. Kd2 Rc6 58. Rxb7 Nd5 59. Bxd4 Nxf4 60. Be5 Nd5 61. Rg7+ Kh6 62. Rd7 Nb6 63. Bf4+ Kg6 64. Rd4 Kf7 65. a5 Nc8 66. Rd7+ Kg6 67. d4 Kf6 68. Kd3 Ne7 69. Bd6 Ng6 70. Bc5 f4 71. Rb7 Kf5 72. Rb6 Ne5+ 73. Ke2 f3+ 74. Kf2 Ke4 75. Kg3 h4+ 76. Kf2 Ng4+ 77. Kg1 f2+ 78. Kg2 h3+ 79. Kf1 Kf3 0-1

Berlainan dengan Hashim Jusoh yang menentang Fadli Zakaria (The Stone Master) menguji kefahaman pertahanan Perancis pada pusingan ke-2. Struktur buah kedua-dua pihak terlalu ketat hingga ke akhir perlawanan. Tidak banyak inisiatif taktikal diperlihatkan disebabkan struktur buah yang tertutup. Cubaan demi cubaan dari kedua-dua pihak untuk mendominasi posisi dan ruang ternyata tidak berhasil. Akhir mainan putih dengan Kuda + Gajah melawan hitam dengan Tir + Gajah dalam keadaan ruang pertarungan terbatas agak membosankan penonton. Ini adalah satu-satunya perlawanan yang paling lewat berakhir pada pusingan tersebut - hampir jam 8.10 malam - lama yang amat. Kesudahan seri (remis) sudah memadai untuk kedua-dua pencatur.

[Round "2"]

[White "Hashim Jusoh, MAS-Trg"]
[Black "Mohd Fadli Zakaria, MAS."]
[Result "1/2-1/2"]
[ECO "C02"]
[WhiteElo "1734"]
[BlackElo "1744"]

1. e4 e6 2. d4 d5 3. e5 c5 4. c3 Nc6 5. Nf3 Qb6 6. a3 Bd7 7. Be2 c4 8. Nbd2 Na5 9. O-O h6 10. h3 O-O-O 11. Rb1 Nb3 12. Nxb3 Ba4 13. Be3 Bxb3 14. Qd2 a5 15. Nh2 Ne7 16. Rbc1 Ba4 17. f4 Bd7 18. Bh5 Be8 19. Bd1 a4 20. Rb1 Qc7 21. Bc2 Bd7 22. Bf2 b5 23. Bh4 Re8 24. Rbe1 Kb7 25. Qd1 Qc8 26. Qh5 g6 27. Qf3 Ng8 28. Ng4 Be7 29. Bxe7 Rxe7 30. Ne3 h5 31. Kf2 Re8 32. Ke2 Ne7 33. Kd2 Nc6 34. Rh1 Qc7 35. Kc1 Qb6 36. Nf1 Ra8 37. Nh2 b4 38. Qe3 bxa3 39. bxa3 Na5 40. Nf3 Qd8 41. Ng5 Qe7 42. Kd2 Nb3+ 43. Ke2 Be8 44. Ra1 Nxa1 45. Rxa1 Kc7 46. Ra2 Rb8 47. h4 Rb6 48. g3 1/2-1/2


Pusingan ke-2 menyaksikan pertemuan julung kali di antara kedua-dua pencatur. Perlawanan di antara NM Zarul Shazwan dengan Ruzenan menggunakan pertahanan Petroff agak sensasi dan taktikal. Kelebihan berpihak kepada Ruzenan di sepanjang perlawanan. Hitam kelebihan satu bidak mendominasikan posisi dengan Menteri + dua Gajah menentang putih dengan Menteri + Kuda + Gajah. Ketika hampir ke titik kemenangan, satu kesilapan hitam membenarkan Menteri (putih) membolosi petak b6 pada langkah ke-35 Qb6 yang seterusnya memberi ruang untuk putih menyelamatkan keadaan mencari perpetual check.

[Round "2"]
[White "Zarul Shazwan, MAS."]
[Black "Ruzenan Abu Bakar, MAS-Trg"]
[Result "1/2-1/2"]
[ECO "A40"]
[WhiteElo "2085"]
[BlackElo "1708"]

1. e4 e5 2. Nf3 Nf6 3. Bc4 Nxe4 4. d3 Nf6 5. Nxe5 d5 6. Bb3 Bd6 7. Nf3 h6 8. h3 O-O 9. O-O Re8 10. Nc3 c6 11. Re1 Nbd7 12. Rxe8+ Qxe8 13. Qe2 Qd8 14. Bd2 Nc5 15. Re1 Bd7 16. Nd4 a5 17. a4 Nh7 18. Qf3 Ng5 19. Qe3 Qf6 20. f4 Nge6 21. Nce2 Re8 22. Qf2 Nxd4 23. Nxd4 Rxe1+ 24. Bxe1 Nxb3 25. Nxb3 Qxb2 26. Bxa5 Qb1+ 27. Kh2 Qa2 28. Nc5 Bc8 29. Bc3 Qa3 30. Qd4 f6 31. Nb3 Qa2 32. Qf2 Qxa4 33. Bd2 Qa2 34. Bc1 Qb1 35. Qb6 Qxc2 36. Qd8+ Kh7 37. Qxc8 Qxb3 38. Qf5+ 1/2-1/2

Pusingan ke-5 di antara Lim Kian Hwa menentang Abdullah Che Hassan menguji kekuatan perlawanan Sicilian Closed. Lim Kian Hwa menyerang secara agresif di sebelah Raja (hitam)menyebabkan ruang perlawanan menjadi terbuka - mungkin boleh diklasifikasikan sebagai Sicilian Closed variasi Opened .. ye kut. Serangan agresif melulu Lim Kian Hwa akhirnya membawa padah selepas kehilangan satu kuda pada langkah ke-32 dan seterusnya hitam memaksa putih bertukar Menteri untuk memudahkan permainan. Berbekalkan lebihan kuda, hitam akhirnya membolosi satu bidak e dan ditukarkan dengan Menteri pada langkah ke-52. Putih terpaksa akur dan seterusnya menandatangani score sheet untuk memberi kemenangan kepada hitam.

[Round "5"]
[White "Lim Kian Hwa, MAS."]
[Black "Abdullah Che Hassan, MAS."]
[Result "0-1"]
[ECO "B30"]
[WhiteElo "1964"]
[BlackElo "2125"]

1. e4 c5 2. Nc3 Nc6 3. g3 g6 4. Bg2 Bg7 5. d3 e6 6. Be3 d6 7. Qd2 Nge7 8. Bh6 O-O 9. Bxg7 Kxg7 10. g4 Nd4 11. Nd1 e5 12. c3 Ne6 13. Ne2 f6 14. h4 Bd7 15. f4 Nc7 16. f5 gxf5 17. gxf5 d5 18. Ne3 dxe4 19. Bxe4 Bc6 20. Ng4 Kh8 21. Qh6 Ng8 22. Qe3 Qd6 23. O-O-O Rad8 24. c4 Bxe4 25. dxe4 Qa6 26. Qxc5 Rc8 27. Nc3 b5 28. Rd6 Qb7 29. Qc6 Qb8 30. Rhd1 b4 31. Qa4 bxc3 32. bxc3 Na8 33. Qa6 Nb6 34. Ne3 Qc7 35. Kc2 Nxc4 36. Nxc4 Qxc4 37. Qxc4 Rxc4 38. Rd7 Rfc8 39. Rxa7 Rxc3+ 40. Kb2 R3c7 41. Rd7 Rb8+ 42. Ka3 Rxa7+ 43. Rxa7 Nh6 44. Ka4 Ng4 45. Ka5 Nf2 46. a4 Nxe4 47. h5 Nd6 48. Ka6 e4 49. a5 e3 50. h6 e2 51. Rd7 Ra8+ 52. Kb6 e1=Q 53. a6 Qb4+ 0-1

Pusingan ke-9, satu lagi notasi perlawanan yang agak menarik dan taktikal. Prof Madya Abdul Rahim menentang Zarul Shafiq memilih bukamainan Sicilian Closed. Pertarungan seimbang kedua-dua pencatur. Putih menyerang sebelah Raja manakala hitam mengasak di sebelah Menteri - suatu atur-serangan yang seimbang. Serangan menarik kedua-dua belah pihak menyebabkan lajur f terbuka dan memberi kelebihan posisi kepada putih (Putih terlepas peluang untuk menang cantik menggunakan kombinasi Menteri dan Kuda pada langkah ke 23 dan 24 sekiranya 23 Qg5 Nf8 24 Nf5+ Kh8 25 Qxg6 .. Raja hitam tergugat). Permainan berterusan, putih kemudian mengasak Raja (hitam) dengan barisan bidak f dan g. Namun Raja (putih) agak terdedah; memberi tempo untuk Menteri (hitam) melakukan ma (check) dan seterusnya mengambil bidak g (hitam) yang kuat. Lihat langkah 33. exf5 Qc1+ 34. Kh2 Qxg5.

[Round "9"]
[White "Abdul Rahim Ramli, MAS-Trg"]
[Black "Zarul Shafiq Zulkafli, MAS."]
[Result "0-1"]
[ECO "B01"]
[WhiteElo "1685"]
[BlackElo "2047"]

1. e4 c5 2. Nc3 d6 3. g3 g6 4. Bg2 Bg7 5. d3 Nc6 6. Be3 Nf6 7. h3 O-O 8. Qd2 Re8 9. f4 Rb8 10. Nf3 Bd7 11. O-O b5 12. g4 Qc8 13. f5 e5 14. Qf2 b4 15. Ne2 Nd4 16. Ng3 h6 17. fxg6 fxg6 18. Nxd4 cxd4 19. Bxh6 Rf8 20. Bxg7 Kxg7 21. Qd2 Qc5 22. Rf2 Be6 23. Raf1 Nh7 24. g5 Qa5 25. Rxf8 Nxf8 26. a3 Qc5 27. axb4 Rxb4 28. Qf2 Nd7 29. b3 Rb8 30. Qe2 Rc8 31. Rf2 Qa3 32.
Nf5+ Bxf5 33. exf5 Qc1+ {Diagram #} 34. Kh2 Qxg5 35. fxg6 Rf8 36. Be4 Rxf2+ 37. Qxf2 Nf6 38. Qf5 Qd2+ 39. Bg2 Qxc2 40. Qe6 Kxg6 41. Qxd6 Qxd3 42. Qxe5 Qd2 43. Kg3 Nh5+ 44. Kh2 Nf4 45. Qe4+ Kg5 46. Qd5+ Kg6 47. Qe4+ Kf6 48. Kg3 Ne2+ 49. Kg4 Qg5+ 50. Kf3 d3 $3 51. Qc6+ Kg7 52. Qd7+ Kg8 53. Qxd3 Qxg2+ 54. Kxg2 Nf4+ 55. Kf3 Nxd3 56. Ke3 Nc1 57. b4 Na2 58. b5 Nc3 59. Kd4 Nxb5+ 60. Kc5 a6 61. Kb6 Nc7 0-1

Di pusingan ke-5, perdebatan logik minda di antara Suhaidi Mustafa (Dungun) menentang Zulkafli Mat Daud (Kuala Lumpur) bermula tenang menguji kehebatan Pertahanan Sicilian variasi Naga. Hitam agak defensive / off beat dalam penyusunan buah dan membolehkan putih menyusun bijak strategi merebut petak tengah d5. Ternyata Kuda (putih) ditempatkan di petak d5 (Nd5) berada dalam posisi kuat dan tidak dapat diganggu-gugat oleh hitam. Putih terlepas pandang pergerakan ke-31 yang secara 'clear-cut' membolehkan dia menang satu bidak terlebih awal. Pada langkah ke-31 tersebut, Gajah sepatutnya digerakkan ke Bc8 dan bukannya Be2. Walaupun begitu putih mempunyai strategi lain mengalihkan Gajah ke petak c4 (Bc4) bertujuan mempersiapkan serangan Gajah ke arah Raja (hitam). Putih menukarkan Kuda (Nd5) dengan Gajah (Bg7) hitam. Hasilnya suatu pertukaran yang lumayan yang membolehkan Putih menguasai posisi serangan ke arah Raja (hitam). Berbekalkan kelebihan posisi menyerang (Menteri + Gajah), Menteri (putih) membolos ruang mengutip 3 bidak sebelah Raja (hitam) yang tidak mampu diselamatkan oleh Menteri (hitam) yang ketika itu berada pada 'off-position' di petak d7. Putih memudahkan 'endgame' dengan memaksa hitam membuat penukaran Gajah dengan Kuda (hitam) dan disusuli dengan pertukaran Menteri. Dengan kekurangan 3 bidak, hitam terpaksa akur dengan kelebihan putih dan kemudiannya menandatangani score sheet.

[Round "5"]
[White "Suhaidi Mustafa, MAS-Trg"]
[Black "Zulkafli Mat Daud, MAS."]
[Result "1-0"]
[WhiteElo "1623"]
[BlackElo "1883"]


1. e4 c5 2. Nf3 d6 3. d4 cxd4 4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 Nc6 6. Be2 g6 7. Be3 Bg7 8. O-O O-O 9. Nb3 Be6 10. f4 Rc8 11. Bf3 Ne8 12. Qe1 Nb4 13. Rf2 Bxb3 14. axb3 a6 15. Rd1 Qc7 16. Bd4 e5 17. fxe5 dxe5 18. Be3 Nf6 19. h3 Rfd8 20. Rfd2 Rxd2 21. Rxd2 Nc6 22. Qd1 Bf8 23. Kh1 Rd8 24. Bg5 Rxd2 25.Qxd2 Qd7 26. Qf2 Bg7 27. Bxf6 Bxf6 28. Bg4 Qd6 29. Nd5 Bg7 30. Qb6 h5 31. Be2 Qd7 32. Bc4 Ne7 33. Nf6+ Bxf6 34. Qxf6 Nc6 35. Qxg6+ {Diagram #} Kf8 36. Qxh5 b5 37. Bd5 Nd8 38. Qh8+ Ke7 39. Qxe5+ Ne6 40. Bxe6 Qxe6 41. Qxe6+ Kxe6 42. Kg1 Ke5 43. Kf2 Kxe4 44. h4 Kf4 45. c4 1-0

Wednesday, December 3, 2008

Objektif Laman Web BijakCatur

Assalamualaikum wbt.

Pihak kami - panel editor Bijakcatur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pencatur-pencatur di Pantai Timur samada golongan pelajar, bukan pelajar dan veteran yang telah memberi sokongan untuk melahirkan satu lawanweb yang berunsurkan ilmiah catur. Tanpa anda lamanweb ini sememangnya tidaklah wujud.

Lamanweb Bijakcatur diwujudkan berlandaskan beberapa objektif berikut :-

1. Menyediakan satu media komunikasi dan sumber ilmu catur kepada mereka yang meminati catur untuk semua peringkat umur.

2. Memperkayakan pengetahuan dan skil dalam bidang catur dan seterusnya memupuk minda sihat.

3. Mengadakan satu saluran perkongsian maklumat juga pengalaman dalam bidang catur; dan juga memperhebatkan rangkaian persahabatan berlandaskan hobi yang sama.